Boleh Ke Pakai Purdah Pengganti ‘Mask’ Di Tempat Awam? Ini Penjelasan KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan golongan wanita berpurdah untuk menggunakan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang memakai purdah boleh memilih sama ada untuk menggunakan pelitup muka dari jenis pervbatan atau fabrik.

“WHO sudah mengesyorkan pemakaian tiga lapisan fabrik, jadi kita kena ikut WHO. Pastikan ada tiga lapisan, kalau pemakaian purdah satu lapisan, satu lapisan itu tak cukup.

“Kita syorkan mereka yang pakai purdah dalam itu boleh pakai pelitup muka sama ada fabrik atau pun pelitup muka tiga lapis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang disiarkan secara live di Facebook KKM hari ini.

Jelas beliau lagi, terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan iaitu pelitup muka pervbatan dan bukan pervbatan.

“Pelitup muka pervbatan digunakan oleh petugas kesihatan, orang awam yang mempunyai geja1a saluran pernafasan dan golongan berisik0 tinggi seperti warga emas, pesak1t kr0nik, kenc1ng manis dan dar4h tinggi.

“Manakala, penggunaan pelitup bukan pervbatan disyorkan untuk mereka yang tidak mempunyai geja1a tetapi berada di tempat awam,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara juga telah menetapkan untuk mewajibkan individu yang ingin berada di tempat awam untuk memakai pelitup muka bermula 1 Ogos 2020.

 

Kredit foto: Awani & Onmanorama via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*