Terus Jalani IVF, Ini Luahan Terbaru Elizad

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad berkongsi mengenai sesi rawatan kesubvran persenyaw4an in-vitro (IVF) yang dijalaninya hari ini.

Menurut perkongsian Elizad di Instagram, dia menjalani sesi pengumpulan telur atau ‘egg pick up’ pagi tadi.

“Salam dan selamat pagi kesayangan semua, pagi ini ‘egg pick up’ bersama Dr Azlin & team @sophea_fertility.

Nervous bukan main dengan rasa lapar puasa dari malam tadi, harap-harap ‘telur’ keluar semua yang baik-baik dan cantik-cantik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elizad juga meminta orang ramai untuk mendoakannya.

“Moga dipermudahkan, doakan saya ya, saya tidur dulu, nak b1us dah,” tulisnya lagi.

Menerusi laporan Gempak pada 16 Februari 2020, Elizad mengumumkan dia berehat seketika dari mengacara program bual bicara Mingguan Wanita demi menjalani rawatan IVF.

Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Elizad termasuk beberapa rakan artis mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

 

Sumber: Gempak, Ig @elizadsharifuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*