PKPB: ‘Weekend Husband’ Tak Dibenarkan Rentas Negeri

Permohonan daripada individu yang mend4kwa ‘weekend husband’ (suami hujung minggu) untuk perjalanan rentas negeri negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt lalu adalah antara yang ditolak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata bagi tempoh itu hingga sekarang, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan rentas negeri daripada mereka yang menetap di daerah ini dengan 830 diluluskan.

“Kira-kira 300 ke 350 permohonan pula ditolak kerana alasan yang diberikan tidak cukup kuat atau tiada dokumen sokongan. Sebagai contoh, ada yang memberikan alasan dirinya adalah weekend husband (suami hujung minggu) dengan keluarga berada di kawasan yang diwartakan PKPB.

“Bila ditolak, ada yang mengatakan polis tidak prihatin sedangkan kita minta mereka yang tidak perlu melakukan perjalanan duduk di rumah daripada masuk ke kawasan PKPB yang boleh merisik0kan diri mereka atas sebab keprihatinan polis,” katanya

Sementara itu, Mohamad Noor berkata setakat hari ini, dua pegawainya serta seorang koperal sedang menjalani kuarantin kendiri sejak enam hari lepas.

“Dua pegawai terlibat baru pulang daripada kursus di Kuala Lumpur yang mana seorang pengajar mempunyai geja1a dan ujian saringan selepas itu didapati positif COVID-19 menyebabkan kita mengarahkan mereka (pegawai terbabit) bersama keluarga menjalani kuarantin kendiri.

“Koperal lelaki yang masih bujang itu pula diarahkan menjalani kuarantin kendiri kerana tidak sihat selepas selesai menjalani tempoh kuarantin 14 hari di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur selepas pulang daripada bertugas di Sabah baru-baru ini,” katanya lagi.

 

Sumber: Bernama via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*