Rekod jangk1tan baharu v1rus Covid-19 berisik0 mencecah sehingga 1,300 kes sehari menjelang hujung bulan ini sekiranya tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) gagal dipatuhi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan nilai R0 (R-naught) atau kebolehjangk1tan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu w4bak tersebut ketika ini.
“Berdasarkan graf nilai R0 ketika ini yang masih berada pada unjuran 1.5, kes baharu boleh mencecah antara 1,200 hingga 1,300 sehari menjelang 31 Oktober depan.
“Ini perkara yang kita bimbangkan. Namun, adalah tidak mustahil untuk kita menurunkan nilai R0 itu jika ada kerjasama padu daripada semua pihak bersama Kementerian Kesihatan,” katanya seperti yang dilaporkan portal Berita Harian.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan rekod lalu, beliau optimis nilai kebolehjangk1tan tersebut mampu diturunkan.
“Ketika gelombang kedua, nilai R0 mencecah 3.5 tetapi kita berjaya melandaikan lengkuk sehingga ia turun kepada 0.3.
“Oleh itu, tidak mustahil untuk kita menurunkannya sekali lagi,” katanya pada sidang media COVID-19, hari ini.
Nilai R0 merujuk kebolehjangk1tan sesuatu v1us, iaitu bilangan individu yang berpotensi dijangk1ti daripada satu kes positif.
Sekiranya nilai R0 ialah 1.5, bermakna satu kes positif boleh menyebarkannya kepada antara satu hingga dua individu lain.
Semalam negara mencatatkan angka tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 871 kes baharu dengan tujuh kemat1an.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Berita Harian
Foto: Astro Awani
Leave a Reply Cancel reply