Pihak pengurusan pusat beli belah Sogo Kuala Lumpur mengesahkan seorang kakitangan penyewanya di tingkat 7 diuji positif untuk w4bak Covid-19 pada Jumaat.
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, pihak pengurusan pusat beli belah itu berkata pekerja yang berkenaan tidak hadir bekerja sejak 12 Oktober dan kini sedang berada di bawah pemantauan pihak hospital.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ia juga berkata pihaknya telah menutup serta merta seluruh tingkat 7 untuk proses sanitasi dan mengesan kontak rapat kakitangan berkenaan.
“Tingkat 7 akan dibuka semula kepada pengunjung mulai 18 Oktober kecuali All IT Hypermart yang terus ditutup sehingga notis selanjutnya,” katanya lagi.
Sebelum itu, pusat beli belah The Curve Mutiara Damansara turut mengesahkan seorang kakitangan penyewanya dari outlet Foot Solutions disahkan positif Covid-19. – THE STAR
Leave a Reply Cancel reply