Memang sukar untuk membesarkan anak dalam lebih dari 2 bahasa tetapi faedah mempelajari bahasa ketiga pada usia yang muda adalah berbaloi kerana otak kanak-kanak yang masih segar mudah untuk mengingati apa yang dipelajari.
Tambahan pula, kanak-kanak yang dapat bertutur dalam lebih dari 1 bahasa lebih cepat dan mudah menerima pelajaran, di samping ia meningkatkan kemahiran dan kreativiti penyelesaian masalah.
Mereka juga terbuka kepada lebih banyak peluang pekerjaan apabila dewasa dan mudah berhubung dengan budaya-budaya lain.
Sebuah video yang tu1ar baru-baru ini menunjukkan bagaimana seorang bapa teruja menghantar anaknya ke sekolah Cina. Dalam video yang dikongsikan bapa saudara kanak-kanak tersebut di Twitter, si bapa cuba berbual dengan anaknya dalam bahasa Mandarin walaupun baru 2 minggu bersekolah.
Anaknya baru 2 minggu sekolah Cina, tp bapak dah semangat ckp mandarin. Sekali tamil yg keluar
pic.twitter.com/kDkHfLqXKv — Mohd Zainudin Ashaari
(@MohdZainudinASH) October 14, 2020
Namun kanak-kanak itu langsung tidak melayan bapanya yang begitu bersemangat, dan hanya menjawab dalam bahasa Inggeris.
Ger4m tidak dilayan, bapa kanak-kanak itu terus membebel dalam bahasa Tamil padanya, menimbulkan geli hati ramai.
Rata-rata netizen kagum dengan kebolehan keluarga bapa kanak-kanak itu untuk bertutur dalam bahasa Mandarin dan Tamil dengan anaknya serta kesungguhan keluarga untuk mengajarkan kanak-kanak itu pelbagai bahasa walaupun baru berusia 2 tahun.
“Malaysia sepatutnya macam ni…”
“Bayangkan boleh cakap melayu, mandarin, tamil dan inggeris…”
“Apa yang aku faham…”
Sumber: HCL/http://trendinggiler.pw/ via Kasi Viral
Leave a Reply Cancel reply