Kisah dermawan dan sifat murah hati yang ada pada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam membantu orang ramai memang sudah diketahui umum.
Bahkan, sifat murah hatinya itu juga lebih dapat dilihat dengan peng0rbanan yang dilakukan buat ahli keluarganya, khususnya kepada isteri tercinta.
Menurut Ebit, sebagai suami, dia akan berusaha untuk memenuhi segala permintaan dan keinginan orang rumahnya yang dianggap sebagai bidadari.
“Dulukan bila bidadari (isteri) saya sebut teringin apa-apa. Saya terus ingat, kadang saya tulis dekat kertas.
“Saya niat mesti tunaikan cita-citanya walau dia cuma pandag. Sebab bidadari saya susah nak minta apa-apa. Senyap-senyap saya hadiahkan padanya,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Ebit lagi, dia melihat pemberian kepada isteri itu sebagai satu bentuk penghargaaan atas segala jasa yang dilakukannya dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Suka beri kejutan padanya. Besar peng0rbanannya daripada wanita biasa sehingga menjadi bidadari penyejuk mata.
“Menutup aurat. Jaga solat. Didik anak dengan sunnah. Menggembirakan hati saya. Setia mengurus rumahtangga siang malam. Kurang berehat. Sentiasa menyokong dan bersama usaha yang saya lakukan. Ya Allah betapa diriku sayang padanya bidadariku,” coretnya.
Bukan itu sahaja, kata Ebit, segala barangan keperluan rumah yang selalu diminta isterinya juga akan dipastikan turut dijual di kedai serbaneka miliknya.
“Seronok rasanya bila bawa bidadari beli barang dapur di Elewsmart. Apa bidadari saya nak terus pesan dan pastikan ada di kedai.
“Susu anak jenis apa. Beras jenis apa. Sabun dapur apa. Tisu jenis apa. Menggembirakan hati bidadari nikmat besar dalam hidup saya. Terima kasih pada Allah yang hadiahkan bidadari ini dalam hidup saya,” katanya.
Sebelum ini, Ebit juga pernah menasihati golongan suami untuk tidak sesekali bersifat kedekut untuk membelanjakan wang terhadap pasangan masing-masing.
Foto: Instagram Ebit Lew
Sumber : Gempak via Kasi Viral
Leave a Reply Cancel reply