“Jangan Doa Ada PKP Selepas Ini…” – PM Akui Kerajaan Tanggung Beban Besar Jika Berlaku Kali Ke-2

PENINGKATAN kes Covid-19 yang dicatatkan kebelakangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Disebabkan situasi yang semakin buruk, ramai yang mencadangkan agar kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara untuk mengekang penu1aran wab4k mavt tersebut.

Menjawab persoalan wartawan ketika sidang media khas pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh dengan meminta agar rakyat tidak mendoakan perkara berkenaan berlaku.

“Jangan doakan untuk selepas ini ada PKP. Mungkin sesetengah orang lebih suka duduk di rumah. Tapi bebanan PKP adalah amat besar sebagaimana yang kita lalui.

“Apa yang kita lakukan sekarang ini adalah menentukan supaya Malaysia tak ‘lock down’ sebagaimana yang berlaku beberapa bulan sebelum ini.

“Kalau kali kedua berlaku PKP, saya tak boleh nak ramalkan. Baru nak pulih, dah hampir RM200 hingga RM300 bilion kita sediakan untuk membantu rakyat, sebahagian besar dah kita salurkan. Maka kalau PKP kali kedua, kita terpaksa sediakan jumlah yang jauh lebih besar,” katanya.

Justeru ujar Muhyiddin, buat masa ini kerajaan akan mengikuti rapat perkembangan dan trend kes yang dicatatkan dan melaksanakan langkah yang sewajarnya.

“Tetapi kalau keadaan menjadi buruk, saya tak nak doakan, maka kerajaan akan cari jalan untuk bantu rakyat. Saya fikir biarlah kita lalui fasa ini dulu,” katanya lagi.

Mengulas mengenai penutupan sekolah di seluruh kawasan yang dikenakan PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, beliau berkata langkah berkenaan adalah yang terbaik untuk menyeragamkan operasi di kesemua sekolah di kawasan berkenaan.

“Dalam kes Selangor, kita putuskan tutup semua termasuk Sabak Bernam yang zon hijau pun tutup juga. Ini kerana sukar bagi kita ada sesetengah sekolah tutup dan sesetengah sekolah buka.

“Elok kita tutup untuk tempoh dua minggu, selepas itu kita lihat keadaan selepasnya,” katanya lagi.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*