Meletup-letup dan berbalas-balas nyanyian lagu Empat Dara oleh Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom di Instagram.
Bukan sahaja golongan selebriti yang menyahut cabarannya, malah ramai juga peminat-peminat yang turut serta.
Lebih mengejutkan apabila PU Azman turut menyahut cabaran tersebut daripada Kak Lina Pom Pom tetapi dengan caranya yang tersendiri.
PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man menyahut cabaran tersebut dengan menyanyikan lagu tersebut dalam Bahasa Arab.
Mungkin selepas ini akan ada orang yang menyahut cabaran Kak Lina Pom Pom dengan menyanyikan lagu Empat Dara dalam bahasa-bahasa lain pula.
Lagu Empat Dara sebelumnya adalah milik Allahy4rhamah Sharifah Aini yang dimuatkan dalam album Dewi Seri Malam sebelum dinyanyikan semula oleh salah seorang peserta Gegar Vaganza tahun ini, Noraniza Idris menerusi album Iboq yang dipasarkan pada tahun 2000.
Komen netizen yang terhibur dengan video Cik Man itu:
Sumber: Gempak, Ig @iamellymazlein
Leave a Reply Cancel reply