Duit Tinggal RM4.89, Soo Wincci Dedah Terpaksa Makan Sisa Makanan

Pelakon, penyanyi dan model Dr. Soo Wincci mendedahkan dia pernah berdepan detik svkar sepanjang berada di Sepanyol untuk melanjutkan pelajaran.

Jelas Wincci, dia terpaksa memakan sisa makanan pelajar lain kerana kekurangan wang untuk menampung biayanya di sana.


“Masih ku ingat beberapa tahun yang lalu bila duit saku saya hanya tinggal 1 euro (RM4.89) dan saya tak boleh bekerja kerana visa dan undang-undang universiti.

“Sejujurnya, setiap hari saya perlu risaukan tentang yuran pembelajaran, markah, hutang, dan sentiasa diketawa dan di3jek. Sampaikan terpaksa makan sisa makanan pelajar lain.

“Saya hampir berputus asa, kadang kala saya tanya sendiri kenapa orang lain sentiasa bernasib baik dan saya begitu bod0h?

“Pada usia 33 masih nak bermula dari kosong,” tulis Wincci menerusi entri di Instagram.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatinya untuk melupakan apa yang diusahakannya kini dan berkahwin.

“Ramai yang menasihati saya agar berkahwin atau nikmati dunia populariti saja.

“Tapi saya pernah berjanji pada diri sendiri, saya takkan berpatah balik, tak akan mervngut dan meneruskan apa yang sudah dikerjakan selama ini,” tambahnya.

Wincci memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom berserta tiga sarjana lain iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Wincci juga berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.

Lebih membanggakan, juga Wincci mencipta rekod apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.

Sumber: Gempak, Ig @dr.soowincci

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*