Pelakon Wawa Zainal menafikan dia dan suami, Aeril Zafrel mengambil jalan mudah untuk hidup senang dan mewah.Menurut Wawa, mereka melalui pelbagai proses jatuh dan bangun dalam perniagaan selama empat tahun sebelum berjaya.
“Susah kan nak kurus? Macam tu juga la dengan kejayaan. Bukan hari ini buat esok dah kaya.“Wawa dan Aeril pun berniaga dah lama. Pernah jual baju, jual tudung, jual contact lens lagi sehingga la adanya Wawa Cosmetik sekarang.
“Sejak 2016, empat tahun bukan sekejap. Pernah jatuh bangun balik. Siapa kata Wawa instant kaya cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi pun .
“Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan pekerja, syukur,” katanya.
Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Sejak semalam, pasangan ini menjadi perhatian selepas Aeril memuat naik foto bersama isteri dan kelihatan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning di belakang mereka.
Rata-rata menegvr Aeril supaya tidak terlalu menunjukkan kemewahan bimbang menjadi perhatian pihak berkuasa.
Ia selepas beberapa selebriti dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasvah Malaysia (SPRM) bagi membantu siastan kes penggvbahan wang h4ram.
Sumber: Gempak, Ig @w4w4_zainal, Ig @aeril_zafrel
Leave a Reply Cancel reply