Genap Lapan Bulan Pemergian Abam Bocey, Ini Luahan Terbaru Nor Hidayah

Lapan bulan pemergian suami tercinta, ba1u kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah mengakui perjalanan hidupnya sukar tanpa insan tersayang di sisi.

Meskipun terpaksa menahan kerinduan, Hidayah berkata dia kuatkan diri dan cekalkan hati untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggal mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“10.10.2020… lapan bulan abang (Abam) pergi, yang hidup pasti akan mat1, sayang (merujuk dirinya) akan menyusul kemudian abang.

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi… sangat sukar, sangat susah dan sangat sak1t nak lalui semua tapi kekuatan sayang, keluarga… Alhamdulillah sayang bangun untuk capai impian kita,” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Nor Hidayah berkata dia masih memegang janji dan amanat yang ditinggalkan oleh arwah.

Malah, dia turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki sebuah kedai makan tercapai hasil doa orang ramai.

“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya, InsyaAllah!

“Sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang. Aku yakin pada-Mu Ya Allah, aku yakin rancangan-Mu.

“Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya… Al-Fatihah buat suamiku Syed Umar Mokhtar!,” ujarnya.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Allahy4rham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan men1nggal dun1a pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami dem4m panas.

Perkongsian Hidayah itu telah mencvri perhatian warganet dimana rata-rata mereka mendoakan Hidayah agar terus kuat.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*