Covid-19: 5 kluster Baharu Dikesan

PERKEMBANGAN terkini penu1aran Covid-19 di negara ini merekodkan 561 kes baharu, menjadikan keseluruhan 15,657 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangk1tan Covid-19 adalah 4,587 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 561 kes baharu yang dilaporkan, lapan adalah kes import yang mendapat jangk1tan dari luar negara.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 553 kes penu1aran tempatan, sebanyak 494 adalah warganegara dan 59 warga asing.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kemat1an berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 157 kes,” katanya pada sidang media, petang Ahad.

Beliau berkata, dua kes kemat1an tersebut dilaporkan di Sabah.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 133 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,913 kes.

“Sehingga kini, terdapat terdapat 90 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat lima kluster baharu Covid-19 dikesan pada Ahad.

 

 

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*