Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, Ketua Polis Negara Kuarantin Kendiri 14 Hari

Susulan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri disahkan positif Covid-19, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing.

Muhyiddin, Ismail Sabri dan Abdul Hamid menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari mempunyai kontak rapat dengan Zulkifli yang turut hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Muhyiddin pada 3 Oktober lalu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat itu.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober lalu dan dipakaikan gelang pengawasan,” kata Muhyiddin dalam sebuah kenyataan.

Menurut beliau lagi, Zulkifli sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Sementara itu Ismail Sabri pada petang Isnin membuat keputusan membatalkan sidang media yang sepatutnya diadakan pada jam 2 petang kerana enggan memberi risiko kepada petugas media, memandangkan beliau kontak rapat Zulkifli.

“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini.

“Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan Covid-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) zon Kota Kinabalu, termasuk Penampang dan Putatan.

“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat itu (bersama Zulkifli).

“Oleh itu, saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test (ujian calitan) dan balik ke rumah untuk self-quarantine. Saya tidak mahu sidang media itu boleh membahayakan (petugas) media,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*