“Covid Tidak Mengenal Kita Siapa …” – Ini Pesanan Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim memberi peringatan kepada semua pihak untuk tidak mengambil mudah dan leka dengan COVID-19.

Menurut Ashraf, 39, Tatacara operasi standard (SOP) harus dipatuhi bagi mengelakkan peningkatan kes baharu yang sudah mencatat 432 sehingga semalam (Isnin).

“Nasihat AM, berhati-hatilah dan jangan ambil sambil lewa dengan Covid nih. Mungkin korang tak kena Covid lagi sebab tu ambil mudah je.

“Yer memang lepas je Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita semua bersungguh-sungguh menaikkan ekonomi keluarga masing-masing tapi perlulah jaga SOP sebaik mungkin.

“Sayanglah dah elok-elok bilangan Covid 1 angka bertambah jadi 3 angka dan ma1angnya dah 4 hari berturut-turut pulak tu. Nak PKP balik ke?

“Kalaulah berlaku SOP payahlah kita semua, banyak benda nak kena cover dari segi komitmen masing-masing. Susah nak kerja dan lagi susah perniagaan makin down.

“Jadi dengan keadaan sekarang sama-sama kita menjaga SOP dan kebersihan sebaik mungkin. Jangan banyak sangat lepak dan pergi di tempat ramai,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pelakon drama Mr Boss Miss Stalker, dia menegaskan virvs ini tidak mengenal erti pangkat dan kedudukan seseorang itu.

“Covid tidak mengenal kita siapa. Anda kaya ke? Miskin ke? Dato ke Tan Sri? Badan sado ke kurus kering? Makan suplement hari-hari atau tak makan? Covid ni be1asah semua.

“Balik rumah cepat-cepat mandi jangan ada sentvhan dengan keluarga, mandi dulu! Pastu nk buat apa buatlah,” tulis Ashraf.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim turut berpesan kepada pesak1t yang dijangk1ti agar tidak berasa sedih dengan dvgaan ini.

Malah katanya, ini masa terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah supaya diri berada dalam keadaan tenang.

“Mereka yang dah kena Covid pada waktu ini, jangan down.. Ada sebab Allah pilih kita untuk menjadi pesak1t Covid.

“Belajar erti redha, sabar dan bersyukur dalam berkuarantin di wad. Dekatkan diri dengan Allah. Im4rahkan wad dengan Islam.

“InsyaAllah anda akan tenang di sana serta akan dapat nikmat yang kita tak pernah dapat sebelum ini.

“Akhir sekali AM harapkan kita dapat menjalani hidup dengan norma baru ini dengan baik dan berdisiplin. Sayang Allah, sayang diri kita, sayang keluarga, dan sayang masyarakat sekeliling kita,” tulisnya lagi.

Pada April lalu, Ashraf disahkan positif COVID-19 selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @ashrafmuslim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*