“Banyak Perkara Perlu Saya Betulkan…” – Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video anaknya, Ayden Adrean, 3, yang kelihatan sangat merindui bapanya itu.

Dalam video yang dikongsi di Instagram itu, Ayden mengatakan dia mahu ke Singapura untuk bertemu Aliff.

“Ayden mahu Daddy, Ayden nak pergi Singapura, Ayden nak tidur dengan Daddy,” katanya dalam video tersebut.

Perkara itu telah membuatkan Aliff berasa sebak dan mengakui dia harus memperbaiki pelbagai perkara dalam kehidupannya.


“Isteri saya hantar video ini, sangat sedih memikirkan masa yang memisahkan kami dan memberi kesan kepada anak pada usia kecil mereka.

“Ia mengajar saya untuk memperbetulkan kehidupan, banyak perkara saya perlu perbaiki agar kesalahan saya tidak memberi kesan kepada isteri dan anak.

“Saya tak ma1u mengakui banyak kesilapan yang telah dilakukan, tapi begitulah setiap kejadian manusia biasa,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Aliff juga memohon maaf kepada anak-anaknya kerana gagal menjadi seorang bapa yang baik.

“Kesalahan saya mengajar, ia telah memberi kesan kepada keluarga dan insan-insan tersayang.

“Daddy minta maaf sebab gagal jadi bapa yang baik, tetapi Daddy dah berada di landasan yang sepatutnya sekarang.

“Ayden dan adik telah membawa Daddy ke landasan baharu, tak sabar mahu jumpa kamu, Ara dan Mummy bila semua ini berakhir,” tulisnya lagi.

Perkongsian Aliff itu telah mencvri perhatian para pengikut instagramnya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @iamaliffaziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*