“Saya Dah Bersara Tapi…”- Normala Samsudin

Ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin, 56, mengakui beliau kini melalui fasa bersara.

Normala berkata beliau tidak akan kembali sepenuhnya dalam bidang pengacaraan seperti dulu kerana mahu memberi fokus terhadap keluarga dan suami, Tan Sri Azmi Khalid.

“Alhamdulilah saya gembira dengan fasa bersara ini. Saya kini lebih suka memberi fokus terhadap keluarga dan suami.

Menurut Normala lagi, beliau tidak terfikir untuk kembali mengacara meskipun masih menerima tawaran.

“Pada usia sekarang tidak sama seperti dahulu. Lebih-lebih lagi tugas menjadi hos amat letih kerana banyak ‘paper work’ yang kita perlu buat,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Normala memberitahu akan mempertimbangkan jika ada yang meminta untuknya membuat kemunculan sekali sekala.

Ini termasuklah sewaktu kemunculan khasnya sebagai juri tetap di program Ratu Hijabista yang baru tamat pada 30 September lalu.

“Seperti Ratu Hijabista tu saya terpanggil kerana ia untuk satu program sahaja dan saya terlibat sebagai juri.

“Jadi selepas ini jika ada tawaran untuk muncul seketika dan meminta saya berkongsi ilmu dan pengalaman mungkin boleh dipertimbangkan.

“Apa-apa pun saya akan pentingkan keluarga dan bakal meminta izin suami sebelum menerimanya,” katanya lagi.

Bekas pengacara Nona itu mempunyai tiga orang anak yang sudah dewasa dan bekerjaya.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*