‘Siapa Antara Kita Yang Senang, Kita Tolong Antara Kita Yang Sus4h’- Video Lelaki Ini Undang Sebak Warganet

Sahabat sejati! Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan seorang lelaki ini yang sanggup batalkan semua urusan peribadi demi rakan.

Perkongsian sebuah video pendek di Instagram oleh Hafiz Mahamad  mendapat perhatian warganet apabila beliau bergegas ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita sahabatnya jatuh s4kit.

Melalui perkongsian itu, beliau turut merakam perjalanannya ke sana dan keadaan terkini rakannya itu.

“Hari ini saya batalkan semua kerja dan mesyuarat dan terbang ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke h0sp1tal.

“Dia str0ke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dah kerja tempat  tu, saya tahu memang dia kerja setiap hari dari jam 8 pagi  sampai 11 malam semata mata buat OT untuk dapat RM2,000 sebulan.

“Bila kesihatan dia terjejas, saya tak tau dia str0ke. Dia kata dia dem4m dan kaki s4kit. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je…” ujarnya.

Kata Hafiz, minggu lepas, dia belikan tiket kapal terbang untuk rakannya itu ke Kuala Lumpur.

“Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejvt. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit-injit.

“Lepas lima hari jaga dekat Kuala Lumpur, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up h0sp1tal. Bila balik Kelantan, dia Rehat berapa hari namun tak boleh bangun langsung.

“Saya call semalam, dia kata dah tak tahan. Kemudian saya ambil keputusan pagi ni untuk terus fly Kelantan,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menahan seb4k melihat keadaan rakannya itu sebaik tiba di sana.

“Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak n4ngis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke h0sp1tal.

“Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita empat sahabat janji. Time tu saya cakap siapa antara kita yang senang, kita tolong antara kita yang susah.

“Dan Alhamdulilah Allah bagi saya rezeki dan kemampuan untuk bantu sahabat ni.

“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku Dan kita berjuang sama- sama” terus sihat loh!,” ujarnya.

Rata-rata warganet seb4k melihat video itu, kata mereka memang merah mata tengok video ni…Alhamdulillah Allah kurniakan seorang sahabat sebegini. Susah untuk jumpa…semoga dipermudahkan segala urusan.

 

Sumber : Sinar via Soya Lemon

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*