Mesti ada antara anda di luar sana yang sedang berkira-kira nak membeli kereta baru.
Banyak jenis kenderaan dari pelbagai jenama pastinya membuatkan anda rambang mata… Nak beli kereta yang mana satu?
Tapi, tahukah anda, ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan bila mahu membeli kenderaan?
Jom kita semak agar anda tidak mengulangi kesilapan yang sama:
1. Tempoh pinjaman dipadankan dengan kenderaan
Ramai yang membuat kesilapan dengan mencuba untuk memadankan tempoh pinjaman dengan kenderaan yang mahu dibeli.
Situasi yang terjadi ialah ramai yang cuba memanjangkan tempoh pinjaman supaya mampu membeli kereta yang lebih mahal.
Perkara ini perlu anda jauhi… Elak dari mengambil pinjaman dengan tempoh yang panjang kerana pembayaran awal yang dibuat tidak akan mengurangkan kos faedah yang anda bayar!
2. Tak ambil peduli kos keseluruhan
Ramai orang yang masih memandang remeh kepada kos keseluruhan ketika memiliki kereta, mereka hanya mahu ambil tahu mengenai harga pembayaran bulanan kereta sahaja, silap tu!
Pastikan anda mengambil kira semua kos yang berkaitan dengan pembelian dan penggunaan kereta.
Ia termasuklah petrol, tol, insurans, cukai jalan, parkir dan kos penyelenggaraan.
3. Main redah je bila buat pinjaman
Tak membuat kajian dan perbandingan sebelum mengambil pinjaman adalah kesalahan yang sering dilakukan.
Ada sesetengah golongan yang gha1rah nak pakai kereta baru, asalkan loan lulus, terus on je!
Seperti juga pengambilan jenis pinjaman yang lain, pastikan anda mengumpul semua maklumat daripada beberapa buah bank dan institusi kewangan supaya anda boleh membuat perbandingkan kadar faedah dan tempoh pinjaman yang mereka tawarkan.
Ingat, lagi rendah kadar faedah, lagi bagus! Jangan lupa, kalau kadar rata digunakan untuk pinjaman anda, feadah efektif adalah hampir dua kali ganda kadar tersebut tau!
Dalam pada itu, buat sedikit kajian mengenai cara bank melakukan pengiraan untuk pilihan pembayaran awal anda.
4. Tak fikir panjang
Ramai yang terg0da dengan terma ‘promosi’, ‘rebate’, ‘diskaun’ dan ‘hadiah’ sehingga membuatkan mereka tidak berfikir panjang sebelum membuat pinjaman untuk membeli kereta.
Jangan macam tu, tak usah terburu-buru tau. Fikir masak-masak dulu, betul ke anda perlukan kereta baru? Mampu ke nak bayar setiap bulan tu?
Jangan kerana terg0da dengan nafsv sampai pengurusan kewangan jadi kelam kabut tau!
Untuk mendapatkan segala nasihat mengenai kewangan, layari laman web Multiply by Creador Foundation di multiply.org.my/my/
Sumber: Multiply by Creador Foundation via Gempak
Leave a Reply Cancel reply