Pelakon Fendy Bakry atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri mengakui dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan isterinya, Ayu Afnizar sebelum mereka berkahwin.
Dedah Fendy yang mendirikan rumah tangga 30 Ogos lalu, hubungan mereka bermula sekadar teman biasa sahaja.
“Saya mengenalinya di sebuah festival teater tiga tahun lalu. Selepas itu, kami hanya berkawan seperti biasa. Tak bercinta pun, kami macam kawan biasa sahaja.
“Kadang-kadang kami hanya bertegur tiga bulan sekali. Saya terdetik hati untuk mendekati dan melamarnya kerana saya nampak ada satu ciri kebaikan dalam hatinya. Perkara itu tak nampak dekat orang lain.
“Persiapan nikah pun hanya ambil masa dua bulan sahaja. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah,” katanya.
Fendy ditemui di Karnival Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam, baru-baru ini.
Sumber: Gempak, Ig @fendybakry
Leave a Reply Cancel reply