Ini Pecahan Baharu Kes COVID-19

Pertambahan sebanyak 150 kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam (Ahad, 27 September 2020) semakin menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia.

Menerusi akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan pecahan 150 kes baharu tersebut.

Sebanyak 124 kes dicatat di Sabah, 11 kes di Selangor, enam di Kuala Lumpur dan empat kes di Pahang.

Berikut merupakan pecahan kes yang dimaklumkan KKM

PECAHAN KES BAHARU (150)

KL- 6
2 Kluster Setapak
1 pulang dari kawasan berisik0 tinggi
2 import tiba/pulang dari Arab Saudi (1 WN, 1 BWN)
1 import pulang dari India

SELANGOR- 11

8 saringan pulang dari kawasan berisik0 tinggi
2 saringan kontak rapat
1 import pulang dari Arab Saudi

SABAH- 124
58 kluster Benteng LD (55 WN, 3 BWN)
20 kluster Bangau-Bangau (12 WN, 8 BWN)
13 kluster Bakau (4 WN, 9 BWN)
10 kluster Pulau (9 WN, 1 BWN)
8 Kluster Kg. Sakong
3 kluster Buang Sayang
8 saringan bergeja1a
1 BWN kes ILI
1 saringan komuniti
1 saringan kontak rapat
1 saringan sebelum pulang ke Sarawak

 

JOHOR- 2
2 kes saringan pulang dari kawasan berisik0 tinggi

SARAWAK- 2
2 saringan pekerja

PAHANG- 4
1 saringan kontak rapat
3 saringan pulang dari kawasan berisik0 tinggi

MELAKA- 1
1 saringan pulang dari kawasan berisik0 tinggi

PECAHAN KES BAHARU (150) KL-6 2 Kluster Setapak 1 pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 import tiba/pulang dari Arab…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, 27 September 2020

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Facebook meluahkan rasa risau dengan jumlah kes yang naik secara mendadak dan mencadangkan untuk kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya di kawasan yang berisik0 tinggi.

Malah topik itu juga menjadi perbincangan hangat di ruangan komen posting KKM itu sebaik sahaja pecahan baharu itu diumumkan.

“Dah tak takvt ke dengan Covid-19? Rugi lah orang yang patuh SOP semua sia-sia sahaja,” luah @Parvien Sarawanan.

“PKPD untuk kawasan yang ada kes tolonglah… Satu kes pun terus on PKPD,” komen @Joe Mocha.

“Kecewalah… Ikut SOP bagai, akhirnya jadi macam ni…” tulis @Eqien Ashikin kecewa.

Dalam perkembangan terbaharu, menurut laporan Awani kerajaan juga telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau.

Kredit Grafik: Desk of The Director General Health of Malaysia

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*