Wany Hasrita Tolak Gelaran Doktor Demi Ibunya

Sinopsis kasih sayang penyanyi Wany Hasrita terhadap ibunya, Norita Jaafar bak kiasan syurga di bawah telapak kaki ibu. Setiap bakti dan peng0rbanan yang dicurahkan, semuanya demi wanita yang dipanggil ibu itu.

Bahkan, selebriti berusia 28 tahun itu sanggup mengenepikan cita-cita bergelar doktor untuk terjun ke bidang nyanyian bagi menyara ibunya.


“Jodoh ibu dan ayah tidak lama. Mereka berp1sah tatkala saya menginjak usia 12 tahun. Sejak episod perpis4han itu saya dibesarkan dan tinggal bersama ibu sehingga hari ini.

“Bayangkan betapa akrabnya hubungan kami berdua. Biarpun kadangkala berlaku perbezaan pendapat, tetapi kasih sayang kami tidak pernah pudar. Semakin hari semakin sayang.

“Ibulah sumber inspirasi dan peniup kekuatan agar saya sentiasa berani berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun ada masanya saya mengalami ‘kejatuhan‘, namun mood sed1h itu tidak lama kerana ibu berada di sisi,“ jelas pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ketika ditemui SinarPlus pada sesi fotografi di butik villa Azura Couture, Shah Alam, Selangor minggu lalu.


Bicara lanjut, sisi empati beliau semakin sarat apabila ibunya, Norita Jaafar, 49, yang bekerja di syarikat cari gali minyak dan gas terpaksa diberhentikan kerja (retrenchment) kira-kira empat tahun lalu.

“Justeru, sebagai anak tunggal, saya turut terpukul dengan situasi tersebut. Maklumlah, selama ini kos pendidikan dan sara hidup kami terletak pada bahu ibu.

“Enggan terus berada dalam kesemp1tan hidup, maka solusi terbaik saya menerima tawaran menjadi artis rakaman di syarikat FMC (Fantasia Music City) dan melupakan impian seketika menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di peringkat lebih tinggi,“ luah Wany Hasrita yang menzahirkan kesyukuran apabila niatnya untuk menyara ibu dipermudahkan ALLAH SWT.


Biarpun ketika itu perlu membahagikan masa antara karier nyanyian dan melunaskan pengajian tahun akhir, namun keutamaan pencinta warna terang tersebut tetap pada akademik. Hasrat beliau adalah ingin menjadi artis yang mempunyai ilmu dan pengetahuan.

Berkat sokongan padu ibu dan kegigihannya, Wany Hasrita berjaya memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).

“Setiap hari keluar sahaja rumah untuk bekerja, saya berdoa agar semua berjalan lancar. Diharapkan rezeki yang diperoleh mampu menampung kehidupan dan mengukir senyuman pada wajah ibu,“ tuturnya.

Butiran kata itu bukan sekadar taburan janji manis tetapi disusuli tindakan.

Terbaharu, menerusi laman sosial Intagram peribadi, beliau berkongsi video kegembiraan apabila impian memiliki kediaman yang selesa untuk berteduh bersama ibu terlaksana.

“Alhamdulillah, untuk segalanya. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari menyebut hendak membeli rumah, menunaikan haji dan umrah. Akhirnya, doa untuk membeli rumah dipermudahkan.

“Ini azam saya tahun 2019, tetapi setahun tertangguh. Namun begitu, ALLAH tahu bila waktu terbaik untuk beri pada hamba-NYA. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan,“ coret beliau dalam satu entri Instagram selepas singgah kediaman dua tingkat di sebuah kawasan di Semenyih, Selangor.

 

 

Sumber : Sinar via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*