Pelakon Hafidz Roshdi memilih nama Umar untuk anak keduanya yang dilahirkan pada 9 September lalu.
Hafidz menerusi entri akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi juga memberitahu maksud nama anak lelakinya itu.
“Alhamdulillah, Umar bin Muhammad Hafidz. Umar nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W, maksud yang memakmurkan,” coretnya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga dikurniakan anak pertama, Humairah pada 9 September 2017.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji nama anak aktor tersebut.
Sumber: Gempak, Ig @hafidz.roshdi
Leave a Reply Cancel reply