Suami Izinkannya Sertai GV7 Tapi Ini Syarat Yang Diberikan Kepada Noraniza Idris

Pakaian tak boleh keterlaluan dan di1arang terk1ja-k1nja di atas pentas, itu menjadi syarat yang ditetapkan suami penyanyi, Noraniza Idris sebelum mengizinkannya menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bakal bersiaran pada 11 Oktober depan.

Noraniza berkata, restu suami yang juga bilal masjid, Jeffri Hudi amat diperlukan sebelum memutuskan untuk menyertai program realiti berkenaan.

“Keputusan untuk bersetuju menyerti GV7 dibuat pada saat akhir memandangkan saya perlu mendapat keizinan suami terlebih dahulu.

“Sebelum memberi kebenaran, suami buat solat sunat dan bertanyakan beberapa soalan kepada syarikat pengurusan, Mind Order yang menjadi wakil Astro untuk melamar saya menyertai program GV7.

“Selepas berpuas dengan jawapan yang diberikan, barulah suami beri keizinan. Itupun ada syarat yang perlu dipatuhi seperti jaga cara berpakaian dan tidak terlalu terk1nja-k1nja atas pentas. Maklum sahajalah, suami saya seorang bilal.

“Anak juga berpesan perkara yang sama. Segala pesanan akan saya ingat demi menjaga nama baik keluarga dan anggota keluarga lain. Tak mahu nanti ada sesiapa yang terasa hati,” ujar penyanyi yang mendapat jo1okan Ratu Irama Malaysia kepada BH Online.


Selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta, ramai yang mempersoalkan keputusan anak jati Kluang, Johor itu menyertai program GV7 kerana did4kwa tidak sesuai dengannya yang sudah bertaraf legenda.

“Apa yang dilakukan demi masa depan muzik Irama Malaysia. Saya lebih melihat kepada peluang yang diperoleh selepas menyertai program ini. Saya, seorang penggemar muzik irama tradisional yang tegar.

“Sebelum ini, saya agak sukar membawa irama ini ke depan. Justeru, apabila orang melihat saya di pentas berkenaan, dapatlah juga menarik irama ini untuk bersama saya. Bukan mudah menyertai pertandingan kerana banyak tekanan yang bakal dihadapi, tetapi saya bersedia untuk kembali belajar.

“Saya tak pernah belajar vokal sepanjang lebih tiga dekad dalam bidang nyanyian. Untuk program GV7, pihak pengurusan menyediakan seorang guru untuk melatih saya. Jujurnya, saya tak yakin mahu menyertainya jika berseorangan,” katanya.

Ditanya apakah sudah bersedia dikr1tik termasuk dihakimi juri tidak bertauliah seperti netizen, Noraniza berkata, dia hanya melayan komen yang bersifat positif dan membina sahaja.

“Saya sudah dinasihatkan pihak pengurusan supaya tidak membaca komen negatif yang ditulis netizen. Mereka tak benarkan saya membaca langsung komen sedemikian kecuali bersifat positif.

“Saya mempunyai perasaan yang sangat rapuh dan mudah tersentuh jika em0si saya dipancing dengan kata kurang enak. Sebelum mengganggu fokus saya untuk bertanding, saya tidak akan melayannya.

“Jika dikrit1k juri profesional, saya tak kisah kerana mereka tahu apa yang mereka katakan. Nak kata saya menyanyi tak bagus pun saya boleh terima kerana ia bersesuaian dengan pentas ini. Cuma janganlah komen yang keterlaluan,” pinta penyanyi yang pernah popular dengan lagu Mengemis Rindu ini.

 

Sumber : BH Online, Ig @noraniza_idris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*