Pelakon Saharul Ridzwan dan Qaabila telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad Luth Ali, 2, Fateema Azzahra berusia 3 bulan.
Terbaharu, Saharul telah berkongsi cara-cara berkasih sayang dalam rumah tangga yang diamalkan bersama isteri Qaabila Deena Emir.
Ini 7 cara yang dirasakan sedikit sebanyak boleh menerbitkan lagi rasa cinta buat pasangan.
“Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah:
“1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah “Abang, wangilah!”
2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat-kuat dalam bahasa Melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan
3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar
4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu
5. Mendengar dengan sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan
6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut
7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan m4rah.
“Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya cinta,” kongsinya.
Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama isteri kepada sedang makan berdua di sebuah restoran.
Sumber: Gempak, Ig @saharulridzwan
Leave a Reply Cancel reply