Isteri Izzue Islam, Awin Nurin Menangis Tersedu-Sedan, Tak Sangka Ini Puncanya

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam, Awin Nurin gagal menahan kesed1han apabila kucing kesayangan yang diberi nama Piko mat1 pada Sabtu.

Tulis Izzue menerusi akaun Instagramnya, Piko menjadi haiwan peliharaan mereka yang sangat pintar dan manja.

“Sed1h tak tahu nak cakap camne. Piko ni memang manja sangat, tido nak kena tepok, suka tido ngan kitorang, suka tido kat rambut Awin Nurin.

“Suka sangat jalan-jalan naik kereta, kalau balik kerja bukak je pintu rumah, muka dia dulu kat depan pintu,” kongsi Izzue.

Tambah Izzue, punca kemat1an Piko disebabkan jangk1tan bakteria dalam d4rah.

“Kali terakhir kitorang jumpa dia semalam (Sabtu) dalam pukul 2.30 petang.

“Datang lawat dia kat klinik sebab doktor kata dia dah 50-50. Yang paling kitorang terkejut, doktor kata organ dalaman dia semua cantik.

“Cuma bakteria dalam dar4h dia memang kuat sampai vbat paling power pon dah tak boleh law4n bakteria tu. Sempat awin pujuk piko supaya kuat, dah sihat nanti boleh balik jumpa Loki, Loli dan lain-lain.

“Lebih kurang dalam pukul 4.48 petang semalam kitorang dapat call dari doktor yang Piko dah pergi.

“Semoga kita dapat jumpa lagi di sana nanti yer Piko. Tunggu mummy ngan deddy tau,” getusnya.

Perkongsian menyed1hkan itu mendapat simpati daripada kenalan selebriti dan netizen yang turut mendoakan kesejahteraan Piko dan pasangan romantis itu.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*