“Kalau Boleh Kak Lina Nak Share Benda-Benda Yang Manis Je…” – Elly Mazlein Kegvguran?

Pelakon Elly Mazlein dan Cikgu Azlan telah selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020. Pasangan ini turut digemari ramai dan sudah pastinya peminat tidak sabar untuk melihat Kak Lina Pom Pom mendapat zuriat hasil perkahwinan bersama Cikgu Azlan.

Terbaru, Elly Mazlein mendedahkan kepada Melodi akan berita yang kurang enak didengari. Difahamkan, Elly Mazlein telah mengalami kegvgvran dan tidak mahu berita tersebut diketahui peminat.

Elly Mazlein menjawab spekvlasi mengenai berita keham1ilannya yang telah menjadi bualan peminat. Pelakon itu bagaimanapun tidak gemar untuk berkongsi berita kesedihan yang dihadapi dirinya kepada umum terutama peminat. Dia juga memohon doa dari peminat untuk terus kuat hadapi ujian sebegini.

Kalau boleh Kak Lina lagi nak share benda-benda yang manis je kepada peminat. Benda tak okay, benda yang sedih, benda yang buat Kak Lina terganggu. Selalunya Kak Lina lebih suka sembunyi, biarlah Kak Lina jadi seperti lilin yang menerangi hidup semua orang.

Kak Lina nak dia orang tahu yang Kak Lina okay. Semua orang dengar cerita baik-baik pasal Kak Lina. Benda yang sedih-sedih biar Kak Lina dengan family je tahu. Cuma Kak Lina mohon semua orang doakan yang baik-baik buat Kak Lina.


Apabila ditanya mengenai reaksi Cikgu Azlan apabila mengetahui berita kegvguran isterinya, Elly Mazlein hanya mampu memohon agar peminat sentiasa mendoakan supaya mereka segera dapat cahaya mata. Pelakon itu juga kelihatan enggan memberi apa-apa kenyataan berhubung cerita sedih yang dialami mereka.

Cuma Kak Lina mohon kepada korang semua supaya doakan Kak Lina dapat baby. Kak Lina mengaku jadual kerja busy sampai ke tahun hadapan. Kak Lina percaya susunan Allah itu terbaik. Lambat laun, Inshallah.. Allah akan bagi.

Tak adalah meletakkan kerja itu satu bebanan sampai Kak Lina tak dapat baby atau berlaku kegvguran dan sebagainya. Kak Lina anggap tak apa… Doakan yang baik-baik, apa yang Allah nak bagi kepada Kak Lina. Kak Lina akan sentiasa bersangka baik dan sentiasa berdoa.

Sumber: Melodi via OHBULAN via Media Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*