Pelakon Idzham Ismail bersama isteri dan anaknya dimasukkan ke Hospital Klang, Selangor selepas dijangk1ti dem4m dengg1 pada Jumaat lalu.
Menurut Idzham dia sekeluarga dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengalami dem4m pan4s sejak beberapa hari lalu.
“Kami sekeluarga masuk hospital sebab jangk1tan dengg1… anak yang mula-mula tunjuk simptom, lepas itu saya dan kemudian isteri.
“Semalam kami buat pemeriksaan dar4h dan doktor mengesahkan rupa-rupanya dengg1 dan terus ditahan di hospital.
“Pening juga kepala ni sebab kami wad lain-lain… mujurlah adik ipar boleh tolong jagakan anak kami di wad itu,” katanya kepada mStar.
Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.
Sementara itu, Idzham memberitahu keadaan kesihatan mereka semakin baik.
Bagaimanapun, isterinya memerlukan pemantauan rapi daripada doktor berikutan kini sedang hamil tujuh bulan.
“Alhamdulillah, keadaan masih terkawal… isteri pun sihat sahaja cuma doktor nak pantau sebab bimbangkan kandungannya.
“Layanan doktor dan jururawat di hospital ini sangat baik, kata mereka jika bacaan dar4h semakin baik, kami akan dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
“Memang tak sangka kami bertiga kena duduk hospital. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bertanyakan mengenai kesihatan kami,” ujarnya.
Sumber: Mstar, Ig @idzham_ismail
Leave a Reply Cancel reply