Vitamin C memainkan peranan penting untuk menjaga sistem imunisasi tubuh manusia. Apatah lagi pada situasi sekarang, daya tubuh menjadi salah satu ‘benteng’ untuk melindungi diri daripada anc4man Covid-19.
Pakar pemakanan, Katherine Zeratsky memberitahu tubuh kita tidak mampu menghasilkan atau menyimpan vitamin C.
Katherina sebaliknya menyarankan seseorang itu perlu mengambil vitamin C melalui makanan seperti limau, strawberi, brokoli dan sebagainya.
Selain itu, vitamin C juga boleh diambil menerusi suplemen namun kandungan vitamin C dalam makanan tambahan ini di antara 500 hingga 1,000 miligram.
Jadi, apakah tubuh kita memerlukan vitamin C sebanyak itu?
Vitamin C disarankan dimakan hanya sekitar 2,000 miligram setiap hari.
Healthline melaporkan, Institut Pervbatan menyarankan pengambilan vitamin C seperti berikut.
– Kanak-Kanak (1-3 tahun): 15 miligram
– Kanak-Kanak (4-8 tahun): 25 miligram
– Remaja (9-13 tahun): 45 miligram
– Remaja (14-18 tahun) 65-75 miligram
– Perempuan dewasa (19 tahun ke atas): 75 miligram
– Lelaki dewasa (19 tahun ke atas): 90 miligram
– Ibu hamil: 85 miligram
– Ibu menyusu badan: 120 miligram
Buah-buahan citrus kaya dengan vitamin C.
Katherine mengatakan, secara maksimum orang dewasa disarankan untuk mengambil vitamin C sehingga 2,000 miligram dalam sehari.
Bagaimanpun, anda boleh bertenang kerana pengambilan vitamin C lebih daripada itu tidak memberi kesan sampingan kepada tubuh dan kesihatan.
Sebaik-baiknya, makan vitamin C daripada bahan semula jadi yang lebih menyihatkan seperti,
– Paprika merah (75 gram): 95 miligram vitamin C
– Paprika hijau (75 gram): 60 miligram vitamin C
– Jus limau (177 mililiter): 93 miligram vitamin C
– Kiwi (90 gram): 64 miligram vitamin C
– Brokoli (78 gram): 51 miligram vitamin C
– Strawberi (72 gram): 49 miligram vitamin C
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply