Vokalis kumpulan Margasatwa, Kimal akui selesa membawa tongkat setiap kali mengadakan persembahan nyanyian.
Menurut Kimal atau nama sebenarnya Mohd Akmal Hakim Mokhtar pada mulanya dia bertongkat selepas kakinya ced3ra ketika bermain rugby tapi kini sudah selesa bertongkat meskipun sudah sembuh.
Malah Kimal membuat keputusan untuk menjadikan tongkat itu ‘trademark’ dirinya sebagai vokalis kumpulan tersebut.
“Sebenarnya pertama kali saya pakai tongkat ketika persembahan dengan Margasatwa di Tanjung Malim, Perak.
“’Waktu itu memang saya sedang ced3ra lutut selepas main rugby, jadi saya pakai kerana itu saja pada mulanya.
“Tapi lama kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan saya pula bila setiap kali buat persembahan mahu bawa tongkat bersama.
“Lagipun selepas saya lihat gambar persembahan saya bersama tongkat ia nampak satu kelainan. Terus saya mahu jadikan ia sebagai trademark saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam masa yang sama, Kimal memberitahu tongkat itu mempunyai makna kepada dirinya.
“Pada saya bila bertongkat ni ia mengingatkan saya betapa kita manusia ini sangat lemah.
“Malah ia juga mengingatkan kita bahawa kita bakal menggunakannya juga bila kudrat kita lemah dah tua nanti,” katanya lagi.
Margasatwa turut dianggotai oleh Syahir, Majid, Fadhil Imran James dan Shadiq Sapian.
Terbaharu Kimal muncul bersama Monoloque dan Njwa dalam lagu Selamatkan Legasi.
Sumber: Gempak, Ig @kimalogy
Leave a Reply Cancel reply