Ainan mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 2017.
Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.
Pada bulan lalu, Ainan mengumumkan bahawa dirinya kini mengandung anak kembar.
Penyanyi Ainan Tasneem berkongsi perkembangan dirinya yang kini sedang mengandung anak kembar.
Menurut Ainan, pengalaman mengandung kali kedua ini cukup berbeza apabila dirinya berasa lebih cepat letih.
“Berat makin naik, perut makin besar. Setiap kali berjalan sekejap sahaja sudah rasa mengah.
“Baru enam bulan mengandung sudah rasa macam ni. Tak tahulah sudah sembilan bulan nanti macam mana,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Bahkan, katanya, saiz kandungannya yang baru berusia enam bulan sekarang juga seolah-olah seperti wanita yang sedang menunggu hari bersalin
“Memang beza sangat rasa mengandungkan anak kembar ni kan. Kalau dulu masa Salsabiela, saiz perut macam ni, Ainan sudah lapan atau sembilan bulan mengandung dah,” jelasnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengandung anak kembar.
Sumber: Gempak, Ig @ainantasneem92
Leave a Reply Cancel reply