“Arw4h Tanya Bila…” – Anak Idris Md Diah Terkilan Bapa Tak Sempat Tengok Majlis Kahwin

Anak  bongsu kepada pelakon veteran Allahy4rham Idris Md Diah yang dikenali sebagai Alia meluahkan rasa sedih apabila hasrat bapa untuk melihatnya berkahwin pada 25 Disember depan tidak kesampaian.Menurut Alia atau nama sebenarnya Nur Alia Muliyani Mohd Idris, 27, dia hanya sempat membawa bapanya melihat lokasi majlis perkahwinannya nanti.

“Agak terkilan dan sedih sebab saya satu-satunya puteri arw4h tapi betul-betul lagi 100 hari saya nak kahwin, arw4h men1nggal dun1a. Arw4h pun nampak macam sedih apabila majlis saya semakin dekat.

“Soalan terakhir yang arw4h tanya dekat saya berkenaan kad kahwin saya bila nak siap sebab majlis lagi 100 hari dan dia nak bagi jemputan kepada rakan-rakannya.

“Alhamdulillah persiapan hampir selesai sebab saya sejenis yang tak nak susahkan atau libatkan orang. Saya pun sempat bawa arw4h ayah tengok lokasi majlis saya.

“Saya kurang pasti arw4h ayah ada hajat atau tidak sebab dia jenis tak bercerita sangat tapi dia selalu tanya tentang persiapan perkahwinan saya,” kata Alia kepada mStar.

Alia memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar kema1tan bapanya yang men1nggal dunia secara mengejut namun arw4h mempunyai penyak1t kenc1ng manis dan sejak kebelakangan ini tiada selera makan.

Allahy4rham Idris, 61, yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan men1nggal dun1a ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.

Dalam pada itu, Alia memohon pertolongan rakan-rakan bapanya untuk menghubunginya jika ada kerja atau hutang arw4h yang masih tertangguh.

Alia juga menegaskan bapanya tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial dan meminta mana-mana pihak tidak menyalahgunakan nama dan foto arw4h.

“Soal kerja arw4h masih belum diketahui… jadi, saya minta tolong rakan-rakan arw4h jika ada apa-apa yang tertangguh ataupun arw4h ada berhutang dengan sesiapa boleh berhubung dengan saya.

“Saya juga nak tegaskan yang arw4h ayah tidak pernah ada akaun laman sosial. Saya mohon sesiapa yang buat akaun palsu gunakan nama arw4h, tolong padam gambar dia,” ujarnya.

Allahy4rham meninggalkan seorang ba1u iaitu Che Hawa Abu Bakar, 60 dan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Afiq Husaini Mohd Idris, 28 serta Nur Alia Muliyani Mohd Idris, 27.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*