Juara Mentor Milenia, Apex Tajudin selamat menjalani pembed4han apendektomi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu semalam.
Apex atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Hafizi, berkata, dia dimasukkan ke wad semalam selepas mengalami sak1t perut.
“Sebelum itu dua hari saya dem4m. Semalam, isteri bawa saya ke klinik swasta selepas saya mengadu sak1t perut.
“Bila doktor buat imbasan, kesan apendiks dan terus rujuk ke hospital. Sampai hospital doktor terus buat pembed4han hari yang sama,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Apex, doktor memaklumkan apendiksnya juga sudah pec4h ketika pembed4han dilakukan.
“Sebelum ini ada gastrik sahaja, tak tahu ada masalah apendiks. Bila bedah doktor cakap dah pec4h.
“Alhamdulillah, dah selesai pembed4han. Tiga jam juga duduk dalam dewan bed4h,” katanya yang merupakan bekas protege penyanyi Hazama.
Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram, Apex berkongsi gambar dirinya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar dirinya kembali segera sembuh.
Leave a Reply Cancel reply