Tayang ‘Baby Bump’, Zaskia Sungkar Hamil Anak Kembar?

Selepas 10 tahun menanti kehadiran zuriat, akhirnya berita kehamilan pelakon Zaskia Sungkar disambut baik peminat dan pengikut di laman sosial.

Menerusi Instagram, isteri kepada pelakon Irwansyah ini memuat naik foto memegang perut dan menunjukkan baby bump kandungannya yang kini memasuki usia 10 minggu.

Zaskia turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan bayi dalam kandungannya yang digelar dengan nama panggilan Syahki itu.

“MasyaAllah Tabarakallah sudah mahu masuk 10 minggu… InsyaAllah doakan saya sama baby Syahki sihat ya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.


Perkongsian Zaskia itu menerima komen daripada peminat dan rakan artis.

Rata-ratanya mengharapkan anak dalam kandungan itu membesar sihat dan urusan kelahiran dipermudahkan.

Namun, ada juga netizen yang berpendapat Zaskiaa kini sedang hamil anak kembar berikutan saiz perut yang agak besar.

“MasyaAllah… semoga sihat mummy dan baby Syahki dalam perut. Baru berusia 10 minggu, perutnya besar kelihatan.

“Sepertinya anak kembar ya… 10 minggu dah menonjol besar begitu! Semoga dapat kembar dan sihat semuanya,” komen netizen.

 

 

Sumber: Mstar, Ig @zaskiasungkar15

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*