Pelakon dan pensyarah Dr Norzizi Zulkifli akui masih ada perjuangan yang harus diselesaikan selepas pemergian bapanya Allahy4rham Datuk Zulkifli Zain kelmarin.
Menurut Norzizi dia kini harus banyak berdoa buat bapanya.
“Perginya kekasih hati. Ada lagi perjuangan yang harus ku lunaskan. Di sujud-sujud yang sunyi ku mohon Allah ampunkan segala dosa ayahanda.
“Sujud yang panjang biar hari yang bakal cerah ini memudahkan persemadian kekasih hati.
“Mohon kalian sahabat sejati turut mendoakan. Moga laluan yang lurus hari ini, tiada halangan lagi. Terima kasih semua,” katanya.
Zizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar kain yang menutupi jen4zah bapanya
Menerusi kemas kini terbaharu, Zizi berjanji dia dan adik beradik yang lain akan menjadi anak yang soleh dan solehah buat bapanya.
“Tahlil Malam Pertama. Dan doa akan ku kentalkan lagi buat Papa. Amalan dan segala tindakan aku di dunia ini, harus ku lihat semula.
“Aku harus memperkasakan segalanya ke arah yang menjadi lebih baik jika aku mahu Papa lebih aman. Papa, Zizi janji akan pastikan Zizi, adik-adik dan anak-anak Zizi menjadi anak yang soleh sebaik mungkin untuk Papa Mama, supaya segala usaha Papa Mama di dunia ini tidak dia-sia. Ini satu permulaan rupanya, bukan pengakhiran,” katanya lagi.
Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib.
Sumber: Gempak, Ig @norzizizulkifli
Leave a Reply Cancel reply