Zarul Bantu Rakan Diberhentikan Kerja

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan nasib rakan dalam industri penerbangan yang terjejas akibat pandemik c0v1d-19, vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin, 47, menghulurkan bantuan mengikut kemampuan.

Zarul yang juga bekas pramugara menggunakan laman sosial Instagram dan YouTube bagi mempromosikan perniagaan rakan-rakan.

“Saya berjumpa dua pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan selepas hilang kerja. Saya merakamkannya dalam kandungan YouTube.

“Mahu membantu daripada segi kewangan, saya kurang mampu. Jadi, saya tolong mempromosikan perniagaan mereka. Saya berjumpa mereka untuk memberi semangat.

“Saya juga membeli barang jualan mereka. Diharapkan dengan promosi dan sokongan ini, saya boleh menambah jualan mereka,” katanya kepada BH Online.

Zarul atau nama penuhnya, Zairulkefli Husin meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines untuk memberi fokus kepada kerjaya dalam bidang nyanyian pada akhir 2016.

Bekas peserta musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3) itu berkata, musib4h yang menimpa rakan-rakan bukanlah mudah dilalui. Apatah lagi, mereka mempunyai komitmen besar untuk ditanggung.

“Memang industri penerbangan menjadi antara sektor yang paling terkesan berikutan penul4ran c0v1d-19. Ada rakan yang bekerja sebagai pramugari hampir seminggu menangis selepas diberhentikan.

“Tidak dapat dibayangkan kesed1han mereka apabila hilang punca pendapatan. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tidak ada pendapatan, biarpun gaji pokok.

“Saya juga mendapat tahu suami, Fiza Halim yang juga juruterbang, mengusahakan perniagaan sambal. Ramai antara mereka memilih perniagaan untuk menampung kehidupan,” katanya.

Zarul tidak menolak kemungkinan ramai lagi akan terkesan akibat pandemik c0v1d-19 dan berharap orang ramai membantu menyokong perniagaan diusahakan mereka.

Ditemui pada majlis pelancaran single Umbrella berjudul Hilang di ibu negara, baru-baru ini, Zarul teruja selepas hampir sedekad, mereka tampil dengan buah tangan baharu.

“Kali terakhir kami menghasilkan single adalah lagu Sayang Bersebab ciptaan komposer Saari Amri pada 2011. Selepas lebih 10 tahun tidak merakamkan lagu baharu, kami gembira diberi peluang untuk tampil semula.

“Jika diikutkan, kami merancang menghasilkan single selepas dua tahun saya men1ngg4lkan program GV3, tetapi rezeki datang sekarang. Alhamdulillah, single baharu sesuai dengan kami, jadi mengapa tidak kembali bersama Umbrella.

“Jujurnya, kami berempat bangga dapat mengekalkan Umbrella hingga hari ini,” katanya.

Masih mengekalkan irama 1990-an biarpun dihasilkan komposer muda, Shouk Azis, Bidin Alzaifa, Zabbe Zharin dan Riff, Zarul tidak menafikan penghasilan single Hilang untuk bersaing dengan penyanyi baharu.

“Melihat trend penyanyi muda mendapat sambutan hebat dalam media sosial dengan lagu genre 1990-an, kami yakin single Hilang mampu bersaing dengan lagu balada lain.

“Lagipun, komposer single ini pernah menghasilkan lagu Achey berjudul s4kit yang ‘trending’. Kami percaya pertaruhan Umbrella dengan single Hilang ini boleh mengulangi kejayaan lagu Ramalanku Benar Belaka yang pernah menjadi fenonema,” katanya.

Single Hilang sudah dilancarkan di semua platform digital sejak 26 Ogos lalu.

 

 

Sumber : BH via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*