Pengacara dan pelakon Awal Ashaari berkongsi keadaan isterinya iaitu pelakon Scha Alyahya yang masih mengalami a1ahan teruk biarpun sudah melepasi tiga bulan awal kehamilan.
Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, kelakuan isterinya juga tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil.
“Kehamilan dia kali ini agak teruk berbanding sebelum ini. Kalau masa mengandungkan Lara, lepas tiga bulan dia dah okey. Tapi sekarang dia masih mvntah, perut berangin dan lenguh-lenguh badan.
“Tapi harap-harap tak berpanjangan sampai sembilan bulan sebab memang ada orang alami a1ahan sepanjang proses kehamilan. Scha ni kalau hamil memang dia berubah menjadi orang lain. Dia akan jadi lebih pendiam.
“Masa tiga bulan kehamilan, Scha memang langsung tak sentuh handphone dan apabila tengok TV pun, dia akan tutup suara. Sebab dia rasa macam rimas dan sensitif dengan bunyi,” kata Awal kepada mStar.
Pengacara program Melodi itu ditemui ketika majlis pernikahan pelakon Mira Filzah dan Wan Emir Astar di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Menerusi laporan mStar pada 6 Ogos lalu, Awal mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Scha Alyahya hamil empat bulan.
Dalam pada itu, Awal mendedahkan anak sulungnya iaitu Lara Alana kini masih dalam proses untuk belajar menerima kehadiran adik baharu.
“Lara sekarang dalam proses nak belajar untuk terima adik sebab dia tengah rasa takvt nak berkongsi. Lara juga pernah tanya dekat saya, baby keluar nanti akan beli mainan dan ada bilik sendiri tak.
“Malah, nama adik pun dia tak bagi mula dengan huruf L atau guna nama Lara. Dia banyak tanya supaya semua benda itu tidak perlu kongsi. Tapi sekarang ini, saya dan Scha lebih manjakan dan sayang dia.
“Kalau kami beli sesuatu untuk Lara, kami akan cakap barang itu hadiah daripada adik dia. Supaya dia rasa adik pun sayang dia,” ujarnya.
Awal mendirikan rumah tangga dengan Scha pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Mstar, Ig @schaalyahya
Leave a Reply Cancel reply