Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Berita gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi Rabu.
Dalam pada itu Rizman turut memberitahu, puteri mereka dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.
“Bismillahirahmanirahhim…Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang di nanti…Princess Rizqaa.
“Rizqaa: A blessing, gift from Almighty (Rizqaa: rezeki, kurniaan Allah).
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan ag4ma dan InshaAllah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.
Amin amin ya rabbalalamin,” tulisnya.
Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya, sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menitip ucapan tahniah disamping memuji kecomelan Rizqaa.
Sumber: Gempak, Ig @rizman.n
Leave a Reply Cancel reply