“Senyuman Dah Jadi ‘Limited Edition'” – Foto Hitam Putih & Kapsyen Elfira Loy Undang Kerisauan Peminat

Pelakon Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober 2019.


Terbaharu, Elfira Loy berkongsi sekeping foto hitam putih menunjukkan dirinya yang sedang tersenyum.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Senyuman itu sekarang menjadi ‘limited edition’,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Seterusnya, kapsyen dan foto hitam putih itu menjadi tanda tanya di kalangan pengikut Elfira.


Meninjau ruangan komen, ada antara wargamaya yang risau dan terkejut melihat posting tersebut.

Malah, ada juga yang menasihati Elfira untuk sentiasa kuat ketika berhadapan dengan ujian Allah SWT.

Walaubagaimanapun, Elfira memilih untuk berdiam diri tanpa membalas komen-komen tersebut.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @ elfiraloy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*