“Jatuh & Bangun Adalah Perkara Biasa …” – Anak Abam & Hidayah Dah Pandai Berjalan

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat dem4m panas.

Terbaharu, ba1u arw4h Nor Hidayah Mohd Ali berkongsi momen berharga apabila anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pandai berjalan buat pertama kali.

Hidayah melahirkan rasa syukur selepas melihat pencapaian Hamzah yang kini berusia setahun tiga bulan.

“Momen anak kesayangan saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hamzah sudah tahu berjalan.

“Jatuh dan bangun adalah perkara biasa, proses pembelajaran. Teruskan dan anda boleh melakukannya,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Rakaman video yang berdurasi 2:26 saat itu menunjukkan Hamzah sedang berjalan di dalam rumah.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh.

“Semoga Tuhan memberkati anda dan membesar menjadi anak yang baik,” tulisnya lagi.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Hidayah tumpang gembira melihat perkembangan Hamzah.

 

Sumber: Gempak, Ig @hidayah_abam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*