“Kalau Abang Hidup, Abang Mesti Happy Sangat” – Nora Ariffin Timang Cucu Sulung

Penyanyi popular Nora Ariffin memanjatkan rasa syukur selepas menantunya Putri Eilya Sofea melahirkan anak pertama di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini (Rabu).

Bayi lelaki comel tersebut dinamakan sebagai Ayden Johan.

Nora yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di posting turut meluahkan rasa rindu terhadap Allahy4rham suaminya, Johan Nawawi.

“Subhanallah…MasyaAllah…Alhamdulillah…Segala puji hanya bagi Allah. I am so happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini.

“Happy……hanya Allah yang tahu. Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga.

“Pa, kita dah dapat cucu dah…Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman.

“Sama macam kita sambut Iman dulu…Congrats to my dearest son Syakir Iman dan Putri Eilya Sofea,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu Nora turut meninggalkan kata-kata nasihat buat Syakir dan isteri disamping menitipkan ucapan tahniah buat kedua-dua besannya.

“A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.

“Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah. Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.

“Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat.Allahuakbar…Allahuakbar…Wan….happy dan sangat teruja!

“Wan nak Ayden jadi anak yang baik dan soleh ye macam arw4h Atok, Johan Nawawi.

“Terima kasih kepada semua tenaga kerja HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eilya Sofea.

“Terima kasih juga kepada yang telah memberikan ucapan tahniah serta doa. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.

“Al- fatihah buat Johan Nawawi dan Syakir Alif…We Miss you so much,” tulisnya.

Anak sulung Nora itu, mendirikan rumah tangga pada Januari 2019, selepas dua tahun mengikat tali pertunangan.

Perkongsian Nora itu mendapat perhatian daripada pengikutnya. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah atas kehadiran cucu sulungnya itu.

 

Sumber: Gempak, Ig @itsnoraariffin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*