Rizalman Seb4k Permohonan Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan

Pada awal Ogos lalu, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim telah menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran untuk golongan dewasa untuk belajar mengaji.

Terbaru, Rizalman telah mengumumkan kepada para pengikutnya berita gembira apabila permohonan untuk menubuhkan yayasan tersebut telah pun diluluskan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rizalman meluahkan rasa syukur dan seb4k apabila niat baiknya itu dipermudahkan oleh Allah. Rizalman turut memuat naik surat kelulusan untuk pusat pengajian miliknya itu yang diberi nama Yayasan RI.


Diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur serta mendoakan segala usaha Rizalman dalam melakukan kebaikan akan diberkati dan dpermudahkan.

Dalam perkongsian sebelum ini, Rizalman mahu sama-sama membantu mereka yang ingin belajar dan memperbetulkan bacaan Al-Quran dan sedang mencari tempat, tenaga pengajar dan lokasi pertama adalah di Johor Bahru.


Sumber: Rotikaya via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*