Nadia Brian Rehat Sebentar Dari Dunia Lakonan

Pelakon Nadia Brian menjelaskan dia akan berehat dari berlakon buat masa sekarang memandangkan keadaan kakinya makin te ruk.

Jelas Nadia, dia terpaksa menolak tawaran telefilem sehingga pulih sepenuhnya.

“Masa insi den tu sepatutnya saya rehat tetapi disebabkan tak nak susahkan pihak produksi saya teruskan juga. Padahal pihak produksi ada bagi saya masa untuk berehat.

“Masa penggambaran tak ada pun bergerak banyak tapi mungkin terlebih guna kaki sebab itu bengkak teruk.

“Oleh sebab itu, saya menolak tawaran telefilem sehingga keadaan kaki baik sepenuhnya.

“Dalam bulan nanti, 10 Insya-Allah baru saya kembali ke set penggambaran,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Nadia bersyukur kerana dijaga sepenuhnya oleh ibu sepanjang berada dalam keadaan tidak sihat.

“Saya rasa hilang nikmat Allah bila sa kit macam ni. Saya tak pernah cede ra sepanjang berada karier lakonan.

“Masa saya kecil pun jarang sa kit sehinggakan perlu ke hospital. Ini kali pertama. Apapun, doakan saya cepat sembuh.

“Saya bersyukur sangat ibu saya yang menjaga sepanjang sa kit ini. Bagi orang di luar sana yang ada ibu lagi tu hargailah selagi ada,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nadia ada berkongsi beberapa keping foto keadaan kakinya di Instagram (IG) miliknya.

Perkongsian Nadia itu telah mendapat perhatian peminatnya.

Sumber: Gempak, Ig @nadia.brian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*