Juri tetap Big Stage 2020, Ajai tampil ke pentas untuk memohon maaf kepada Hafiz Zainal dalam konsert minggu kedua malam tadi.
Permohonan maaf itu dibuat ekoran isu markah rendah yang diberikan kepada Hafiz minggu lalu dan pada masa yang sama, Ajai khuatir jika tegvran yang diberikan menggvris hati doktor gigi v1ral tersebut.
Menurut Ajai, dia memohon maaf secara ikhlas dengan kehendaknya sendiri.
“Pada saya, industri kita sangat kecil, perkara sebegini boleh dikatakan seperti fesyen, saya akur dengan fesyen, permohonan maaf itu memang ikhlas dari saya.
“Mungkin cara penyampaian saya agak ka sar sedikit, saya telah dilatih oleh orang seperti Datuk Ramli MS, Fauzi Marzuki dan Tony Fernandes dimana saya dah kena lebih teruk.
“Tetapi dari situ, Alhamdulillah, saya berada di sini sekarang, saya rasa apa yang saya lakukan itu tidaklah melampau,” katanya.
Ajai berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert minggu kedua Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Dalam pada itu, Ajai turut menjelaskan tergvrannya terhadap Hafiz minggu lalu sebenarnya bercampur unsur jenaka.
“Sebenarnya, saya selitkan unsur jenaka, saya cakap lebih baik dia pengsan itu hanyalah gurauan kerana suasana ketika itu agak tegang.
“Mungkin saya ini bukan dari program Raja Lawak, jadi gurauan saya sukar difahami kerana raut wajah saya,” katanya lagi.
Minggu lalu, Ajai hanya memberi dua markah terhadap Hafiz kerana menyifatkan nyanyian peserta itu sebagai ‘out of tune’.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply