Penting Kunci Pintu Bilik Sebelum Tidur, Ini Sebabnya

Biasanya sebelum tidur, kita akan memeriksa sama ada pintu pagar sudah dikunci atau pun tidak bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Namun berapa ramai daripada kita yang turut mengunci pintu bilik ketika hendak tidur? Atau ada yang lebih selesa ia dibiarkan terbuka memandangkan ada ahli keluarga lain di rumah?

Jika anda tidak pernah mengunci pintu bilik, ada beberapa sebab mengapa anda perlu berbuat demikian!

1. Menghalang bunyi bising

Ayuh mulakan dengan alasan paling logik. Menutup pintu bilik akan memastikan sebarang bunyi bising daripada luar akan terhalang dan anda dapat tidur dengan nyenyak.

Tambahan pula jika anda tidur awal dan masih ada ahli keluarga yang menonton televisyen atau berbual, ia pasti menggangu tidur anda.

Kalau menurut Feng Shui pula, tidur dengan pintu tertutup akan mengekalkan tenaga positif.

2. Kebakaran

Tahukah anda, dengan menutup pintu ketika tidur akan meningkatkan peluang anda terselamat sekiranya berlaku kebakaran?

Bayangkan jika kebakaran bermula dari bahagian dapur dan bilik anda berdekatan dengannya – api pasti akan mereb4k ke bilik dengan cepat kerana tiada halangan.

Jika pintu tertutup, sekurang-kurangnya ia dapat memberi anda masa untuk berfikir untuk menyelamatkan diri tanpa rasa cemas.

3. Halang pencvri

Seperti kebakaran, tindakan mengunci pintu bilik ketika tidur boleh memberi masa kepada anda untuk menelefon polis dan meminta bantuan sekiranya rumah dimasuki pencvri.

4. Rasa lebih selamat

Dan terakhir, pintu yang berkunci dapat memberi anda perasaan selamat dan sekaligus membuatkan kualiti tidur anda lebih baik.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*