Sudah pasti setiap manusia yang hidup akan bersedih apabila kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak dijangka.
Begitulah perasaan Nor Hidayah Mohd Ali yang kehilangan suami tercinta iaitu Allahy4rham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey pada 10 Februari lalu.
Nor Hidayah dan Abam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.
Terbaharu, Hidayah mendedahkan terdapat suara-suara nakal yang beranggapan dirinya itu tidak berasa sedih atas pemergian suaminya.
Perkara tersebut dikongsikan Hidayah menerusi instagram miliknya.
“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kemat1an suami. Tak apa la, cakaplah apa pun… Allah Maha Mengetahui segalanya.
“Ingat lagi pesan arw4h suami… sayang biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita.
“Jangan berhenti berdoa, Allah sentiasa ada bersama kita,” kata Nor Hidayah.
Dalam pada itu, Nor Hidayah memberitahu kesedihan seseorang itu tidak perlu ditayangkan kepada umum.
“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.
“Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang me1arang kita untuk bersedih,” ujarnya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian pengikutnya dimana rata-rata mereka berharap Hidayahmembiarkan sahaja komen negat1f seperti itu.
Sumber: Gempak, Ig @abam_bocik
Leave a Reply Cancel reply