Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa terharu apabila gaya tudung labuhnya mendapat perhatian dan ikutan segelintir wanita.
Pemilik nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai yang menyambut ulang tahun ke 38 itu berasa gembira dan berharap wanita yang mengikut cara pemakaiannya turut istiqamah dalam menutup aurat.
“Ya Allah serius koang ikut cara saya pakai tudung? Tiada perkataan untuk saya gambarkan perasaan selepas membaca komen-komen semua.
“Terima kasih dengan ucapan. Alhamdulillah mari lakukan ini. Kita istiqamah sama-sama. Saya semua” ujarnya.
Komen yang dimuat naik oleh Faezah di IG miliknya.
Sebelum itu, Faezah memuat naik sebuah akaun Instagram @properhijab yang memberitahu pelakon drama Rumah Siti Khadijah itu berjaya mempengaruhi wanita lain dalam mengayakan tudung mengikut cara yang betul.
Katanya, pemakaian tudung labuh oleh aktres itu merupakan satu dakwah yang dilakukan tanpa disedari.
Tambahnya individu itu lagi, gaya tudung labuh kini tidak lagi dipandang pelik dan asing dalam masyarakat.
“Kami menyaksikan sendiri ramai yang mula berubah ke tudung labuh kerana Faezah Elai.
“Mungkin biasa bagi orang luar tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyaknya pahala berterusan yang mengalir buat dia. Cara dakwah Faezah Elai membuatkan ramai berani bertudung labuh.
“Terima kasih, kerana kamu ramai dah tak pandang pelik tudung labuh. Sampai jadi fenomena” ujarnya.
Sementara itu, segelintir netizen turut mengaku terbuka hati untuk bertudung labuh disebabkan pelakon berkenaan.
“Saya suka cara akak berpakaian dan selalu menjadikan penampilan akak inspirasi saya.
“Ramai wanita yang sudah mula bertudung labuh. Saham untuk sis di akhirat juga tu. Semoga Allah beri segala kebaikan kepada sis Faezah” ujarnya.
Sumber : Mstar, Ig @faezahelai
Leave a Reply Cancel reply