Guru vokal Big Stage 2020 (BS2020) Cikgu Shafi menegaskan memang ada kesalahan ‘out of tune’ atau sumbang dalam nyanyian Hafiz Zainal pada konsert pertama BS2020 namun tidaklah sampai keseluruhan lagu.
Menurut Cikgu Shafi, Hafiz ada lebih daripada satu nada yang salah tetapi di sesetengah kawasan sahaja ketika menyanyi lagu Fly Me to the Moon oleh Frank Sinatra pada Ahad dan markah vokal hanyalah 60% daripada jumlah penuh.
“Saya ada di belakang pentas semasa persembahan berlangsung dan saya akui ada beberapa bahagian yang sumbang. Lagipun dalam jumlah keseluruhan vokal adalah 60% manakala sebahagian lagi adalah persembahan dan sebagainya jadi mengapa Hafiz mendapat markah 2 sahaja?
“Saya tahu ada juri yang pandang serius perkara ini, jika satu bahagian sahaja out of tune, terus dilabel keseluruhan nyanyian sumbang. Ikut juga pada telinga mereka yang berpegalaman,” jelas Cikgu Shafi ketika dihubungi Gempak.
Namun bagi Cikgu Shafi, juri yang tegas ini sebenarnya memberikan impak positif kepada pelajar-pelajarnya kerana ia akan membuatkan mereka lebih fokus dan serius ketika belajar.
“Saya suka bila ada juri yang tegas sebab ia memudahkan kerja saya mengajar. Mereka akan lebih fokus, serius, takvt dan tak main-main bila berada di dalam kelas. Bagus dapat juri yang particular tentang perkara ini.
“Dan saya puji Hafiz kerana dia mempunyai attitude yang bagus. Dia boleh ditegur, menerima krit1kan dengan baik dan tetap positif. Biar saya handle emosi dia nanti,” ujarnya lagi.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply