“Saya Nak Makan Manis Hari-Hari Sehingga…” – Fattah Amin Kongsi ‘Tempias’ Dari Kehamilan Fazura

Aktor popular, Fattah Amin berkongsi pengalaman  mengalami perubahan selera makan ketika usia kandungan isterinya, pelakon Nur Fazura memasuki bulan kelima baru-baru ini.

Namun menurut Fattah, dia tidak mengalami a1ahan teruk dan hanya mahu makan makanan manis setiap hari.


“Sewaktu usia kandungan Fazura memasuki bulan kelima, saya ada mengalami sedikit perubahan, saya tahu ada orang cakap, kalau isteri tak mengalami a1ahan, mungkin kena pada suami.

“Namun apa yang saya alami tidaklah teruk, saya cuma bertambah selera makan sahaja, ketika itu, hari-hari saya mahu makan makanan manis.


“Sampailah bila tiba waktu saya mahu jalani penggambaran, saya sedar muka saya lebih bulat dari biasa,” selorohnya.

Fattah berkata demikan ketika ditemui di sesi penggambaran Kempen Saya Anak Malaysia 2020 di Dataran Merdeka petang tadi.

Kempen ini merupakan satu inisiatif kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dan Universiti Utara Malaysia untuk terus memartabatkan perpaduan di negara kita sempena Hari Malaysia tidak lama lagi.


Tambah Fattah, dia kini berasa teruja dan pada masa yang sama gementar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu.

“Sekarang kehamilan isteri saya sudah masuk bulan yang ketujuh, insya-Allah dia akan bersalin sekitar bulan Oktober ini, sikit masa sahaja lagi.

“Saya rasa teruja dan pada masa yang sama gementar kerana ini pengalaman pertama saya menyambut kelahiran cahaya mata, saya harap para peminat mendoakan agar segala urusan saya dan Fazura dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya lagi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @fattahaminz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*