Soal Zuriat, Ini Jawab Nelydia

Lebih setahun melayari bahtera perkahwinan dengan suami, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid, pelakon jelita Nelydia Senrose atau nama lengkapnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen tidak berasa tertekan apabila sering diajukan soalan berhubung zuriat.


Sebaliknya, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar diperkenankan impian untuk bergelar seorang ibu.

Dalam pada itu, Nelydia yang baru sahaja dilantik sebagai duta produk Havaianas memberitahu, buat masa sekarang, dia sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Akasia TV3 berjudul Cinta Sekali Lagi di samping aktor Saharul Ridzwan.


“Alhamdulillah bagi saya tiada yang membebankan. Setiap hari, sebelum masuk set penggambaran hari-hari kami ambil suhu badan dan pastikan diri dilindungi dengan cecair pembasmi kum4n. Dalam set pun tidak ramai orang, kurang daripada 20 orang. Mungkin kedengaran sedikit paranoid dengan SOP, namun ini adalah untuk kebaikan bersama memandangkan pandemik c0v1d-19 masih belum reda sepenuhnya.”

Selain baru dilantik sebagai Havaianas, Nelydia kini sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Akasia TV3 berjudul Cinta Sekali Lagi di samping aktor Saharul Ridzwan.


“Kalau ada rezeki, saya memang sudah bersedia dan teringin untuk menjadi seorang ibu, cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki. Soal anak, m4ut aja1 semua itu ketentuan Ilahi,” jawab Nelydia ketika ditanya mengenai zuriat.

“Saya akur dan reda. Mohon semua orang doa yang baik-baik agar usaha saya untuk menimang anak dipermudahkan, moga saya murah rezeki. Insya-Allah.”

Tambah Nelydia lagi, dia tidak berasa tertekan jika diajukan soalan mengenai zuriat.

“Tidak langsung. Lagi pun saya dan suami baru berkahwin sekitar setahun. Saya faham orang selalu tanya sebab mereka prihatin dengan keadaan kita. Kalau saya h4mil nanti dan kandungan sudah kuat, pasti saya akan kongsi dengan orang ramai. Cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki lagi.”

 

Sumber : Kosmo via Soya Lemon, Ig @ nelydiasenrose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*